BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jumaat, 11 Februari 2011

valentine ooo valentine

assalamualaikumm..

meh pakcik nak cita sikit pasai Valentine neh..ramai sangat dah umat islam yg dok sambut valentine neh..
asai 14 februari ja suma kaple2 yg ada kat dunia neh,,including la yg kat Malaysia neh,,pakat dok loqlaq nak cari present nk bg kat kaple depa la,,nak ajak kuaq dating laaa,,g mencapap mana2 laa..adoi..
kalau tak caya apa yg aku cakap nehh,,14 Februari neh,,ampa try pegi mall mana2 pon,,kompom!!(dijamin,kalau tadak meh cari aku)mesi bersepah2 la kaple dok bepegang tangan la,,jilat sana la,,jilat sini laa..(over plak!,,haha)..udah laa..maleh nak bnyak cita ag,,neh aku ng serba sikit sejarah valentine yg org islam dok sanjung2 sngat tu..haa sedar2 kan la diri anda..

SEKUNTUM MAWAR MERAH SEMPENA VALENTINES DAY
"Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana
dia mengasihi dirinya sendiri"(maksud hadis) Nabi Muhammad s.a.w.
yang bertanggungjawab menyebar Islam kepada umatnya setelah melalui pelbagai keperitan dan
kejerihan. Paderi St. Valentino merupakan seorang paderi utama yang hidup pada zaman
pemerintahan Ratu Isabella dan merupakan antara orang terpenting yang menjatuhkan dan
menzalimi umat Islam Cordovo, Sepanyol pada zaman lampau. Rasulullah lahir pada 12 Rabiul
Awal manakala tarikh kejayaan St. Valentino dan konco-konconya menawan Cordova daripada
umat Islam ialah pada 14 Februari. Tetapi apa yang peliknya terutama dikalangan umat Islam
sendiri, tarikh 14 Februari lebih senang diingati berbandung 12 Rabiul Awal itu sendiri. Setiap
tahun 14 Februari diingati sebagai Hari Kekasih yang dikalangan umat Islam amat rugi jika
dilupakan. Hari ini ia sekali disambut lagi dengan pelbagai cara yang dianggap oleh pasangan
kekasih paling istimewa. Ada yang saling bertukar-tukar bunga ros, mengadakan jamuan makan
malam yang disinari cahaya lilin, bertukar-tukar perasaan di taman-taman bunga dan sebagainya.
merupakan Rasulullah
Ada pula yang berpendapat, Hari Memperingati Kekasih juga adalah untuk mengingati
orang lain yang dikasihi selain daripada kekasih seperti ibu bapa dan sebagainya. Malah ada juga
media elektronik yang mewujudkan satu program hiburan sempena Hari Valentines. Siapa
sebenarnya orang yang bernama Valentines ini sehingga diangkat begitu agung sekali dan
dikalangan umat Islam sendiri popularitinya melebihi Rasulullah? Pensyarah Perbandingan
Agama, Akademi Islam , Universiti Malaya, Khadijah Mohd. Hambali berkata , Valentine atau
nama sebenarnya St. Valentino merupakan seorang pederi yang paling berpengaruh di zaman
pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol..Kedudukannya dikatakan di tempat ke dua selepas Pope. Kaitannya dengan Hari
Valentines yang disambut oleh masyarakat dunia hari ini termasuk dikalangan unat Islam sendiri
mempunyi dua versi.Versi pertama ialah dia merupakan orang terpenting Raru Isabella yang berperanan
menumpaskan kerajaan Islam Cordova, Sepanyol. Jasanya itu dianggap oleh Ratu Isabella
sebagai amat bermakna sehingga Valentino dianggap kekasih rakyatnya sendiri. Jesteru itu 14
Februari ditetapkan sebagai cuti umum disamping hari untuk merayakan kemenangan tersebut
setiap tahun sekaligus mengenangnya sebagai memperingati St, Valentino sebagai rakyat
Cordova. Sehingga ke hari ini, peristiwa kemenangan St. Valentino tersebut terus diingati dan
rakyat Cordova mengingatinya semula dengan melakonkan semula kejayaan tentera Ratu
Isabella itu.
Menurut versi kedua pula, St. Valentino sebelum kejayaan itu dikatakan mempunyai dua orang
kekasih. Kekasih pertama dikatakan beragama Islam manakala yang kedua beragama Kristian
berfahaman Protestan. Oleh kerana berlainan agama, St, Valentino terpaksa melupakan kekasih
pertama dan menumpukan perhatin kepada kekasih ke dua. Apabila ditanya Ratu Isabella apakan
bentuk ganjaran yang boleh dikurniakan berikutan kejayaannya mengalahkan umat Islam, St,

Valentino terus menyatakan yang dia ingin berkahwin dengan kekasih keduanya itu. Ini terus
menimbulkan kegemparam dikalangan rakyat Cordova sendiri kerana Valentino merupakan
paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan sementelahan lagi paderi
sememangnya tidak boleh berkahwin. Ratu Isabella pula dikatakan murka dengan hasrat St.
Valentino lantas memenjarakan paderinya itu buat sementara waktu. Begitupun, baginda tetap
mahu mencuba mengingati jasa paderinya itu dengan menetapkan 14 Februari sebagai Hari
Mengingati kekasih yang ditujukan khas untuk St. Valentino.
Berdasarkan kedua-dua versi itu, apakah asas yang kukuh sehingga umat Islam sendiri mengnggap Hari Valentines itu istimewa. Ataupun mereka hanya mengikut budaya barat secara membuta tuli, sedangkan tidak mengetahui siapakah sebenarnya St. Valentino itu. Jika pun ingin mengingati kekasih atau orang-orang yang dikasihi atau orang-orang yang disayangi yang lain, tidak semestinya disambut pada setiap 14 Februari. Sambutan boleh juga dijalankan pada setiap kali tibanya hari kelahiran orang -orang yang disayangi melalui acara-acara yang lebih diredhoiseperti mengadakan keduri doa selamat ataui sebagainya. Rasulullah sepatutnya lebih diingati setiap tahun kerana Baginda adalah manusia yang paling mencintai umatnya.

-petikan dari scribd 

jadii,,apa faedahnya nak sambit valentine neh??ngat la bahawa BAGINDA S.A.W lebih mencintai kita,,renung2kanlah

2 ulasan:

  1. jangan dok betoi jaa..
    ang pon nnt kot2 snyap2 ja ngan anak KZ p dating nnt

    BalasPadam