BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Rabu, 19 September 2012

Fasa Pertama Kehidupan 1992-1997

Assalamualaikum,Salam Pembuka Bicara

Aku manusia biasa,dilahirkan oleh perut mak aku,hampa?
Dilahirkan dalam sebuah keluarga yang agak sederhana besar,
Keluarga yang agak tidak berada,cuma cukup pakai,cukup makan,tidak ada yang lebih takda yang kurang

Abdullah b.saad.seorang abah yang penuh tanggungjawab.
ketika usianya,beliau seorang Tentera.menjaga ketenteraman awam.
keluar masuk hutan dah jadi adat seorang askar time zaman dulu-dulu.
Si Sharia bt.Harun berapa kali dah kena tinggal dekat berek askar,
sampai dia pon naik lali dan paham dengan tugas abah aku.

jaga anak sorang2 bukan tugas yang senang,kalau sekarang gaji prebet dah boleh pakai viva.
kalau dulu jangan kan viva.nak beli C70 pon pikiaq 4 kali.kalau beli pon jenuh nak sara.
jadi mak aku ni dia otaknya ligat jugak.dia tak dok saja kat rumah.
dia pon mencari punca rezeki halal nak suap dekat 5 orang anak dia ni selepas dia bersara dari menjadi 
seorang jururawat.

Selepas beberapa tahun.abah pon bersara dari jadi seorang askar.Then dia pon tak lama rehat,
dia masuk jadi warden penjara pulak.Jadi sepanjang hidup dia penuh dengan kerja nak tanggung anak bini dia.

Masukla tahun 1992,tanggal 17 ogos.lahir seorang anak lelaki yang mak aku sendiri kata dekat aku.
Kekawan dia kata anak anak mak aku ni pelan kecik pelan lawa.
"ok aku la tu paling lawa"harhar
Masa tu family aku menetap dekat Taman apa entah dekat batu gajah sana.Sebab abah aku kerja warden dekat Penjara sana.

masa aku lahir,adik beradik aku agak hepi sebab dapat lagi sorang adik.ni kira buah betoi betoi las punya
 lepas kak aku yang no 5.beza umuq tak jauh aku dengan kak aku.
Cuma time aku lahir tu,umur kak aku yang atas dari aku ni dia 18 tahun jee,baru abeh SPM.
Abang aku pulak dia punya tunggu sorang demi sorang adik dia,dengan harap tiap adik dia yang lahir dia nak adik lelaki.tapi nasib dia tak baik,semua adik adik dia perempuan.
Sampai la dekat aku,buah penghujung ni,baru dapat lelaki.
mak aku kol dia bukan main suka dia dapat adik laki,walaupun beza aku dengan dia macam anak dengan bapak umurnya.dia tetap anggap aku adik dia.
tapi masa aku lahir tu,dia dah pon ada 5 orang anak.jadi dia pon macam hepi2 gitu jela.HAHA -.-'

aku dibesarkan macam biasa.tapi yang luar biasa nya aku ni tak isap susu badan mak aku,
aku ni jenis minum susu lembu ja.tu perangai macam lembu,-.-
yang betoinya mak aku kata sebab tu gaya macam tak berapa nak sangat dengan mak,kira tak rapat la.
1 lagi aku ni kuat isap puting,sebab tu dah besaq ni gigi kapak duduk kedalam.
Nasib masuk kedalam,kalau duduk keluaq dah jongang.-.-'

Sampai la aku umoq 4 tahun.abah aku ajak pindah umah kami dekat tepeng,
kami pon pindah la.
tapi orang tua aku pon actually dia dah macam tahu yang dia dah tak lama atas muka bumi ni.
kira dia macam nak merasa la walaupun kejap nak duduk dekat tepeng ni walaupun dia bukan asal sini.
Sepanjang kami duduk dekat sini,abah aku mesti bawak aku naik moto C70 dia tiap tiap pagi,
wajib mesti bawak aku pegi jalan2 sebelum dia masuk kerja.
Dia punya sayang dekat anak dia yang kecik ni.ataupon dalam keluarga aku memang panggil aku acik,
kalau anak menakan pakcik,kalau cucu panggil tok cik.-.-'

Tak lama lepas pindah ke taiping tu,abah aku jatuh sakit.
demam panas,sakit kaki.
nak diceritakan,dikata menyimpang dari agama,tapi mak aku cerita abah aku ni dah kena buatan orang,
actually sebelum abah aku nak pergi solat subuh,dia macam nak keluar rumah dan ternampak 1 lubang besaq depan rumah.Aku nak cerita sangat pon aku tak berapa nak ingat sebab umoq pon baru 4 tahun.tau paaa.tau isap puting jela.-.-'

jadi tanggal berapa februari entah,tahun 1996,bersamaan 17 ramadhan,
arwah abah aku selamat disemadikan dekat tanah perkuburan keramat tok bidan.
nama tanah perkuburan pon dah rare.
dia meninggal sebab sakit tu ja.tak lama sakit dia,kejap ja.time subuh sebelum sahur tu tak silap aku
arwah abah aku menghembuskan nafas terakhir dia.
 AL-FATIHAH ABAH,

jadi mula la episod baru dalam family aku,
arwah abah aku dah takda,jadi sepenuh tanggungjawab jatuh atas bahu mak aku,
segala benda mak aku kena sesuaikan diri dia.
mak aku ni pon dah biasa hidup sorang sebab selalu abah aku takdak time masuk hutan dulu.
jadi mak aku dapat sesuaikan diri dengan cepat la.

abang aku yang sulung,kakak aku yg no 2,3dan 4 masing-masing time tu dah kerja,
dah ada family sendiri.anak pon kecik kecik lagi.jadi kalau nak tolong mak aku time tu pon dapat tolong sikit sikit ja.yang no 5 tu dia tengah dalam kolej perubatan.masa arwah abah aku meninggal pon dia ada kat batu pahat lagi.Arwah abah aku jugak penah bagitau dekat aku,masa aku lahir tu dia kata 
"ok la tu,dapat hero sorang lagi,boleh jadi peneman kamu"
ya mak,orang akan jadi peneman mak.:')

jadi mak aku pon terpaksa la cari duit nak tanggung aku,beli pampers,beli segala benda makan minum keluarga la.mak aku ni kira dia macam keja dengan orang yang amek kontrak memasak kenduri ni la.
jadi mak aku ni terpaksa la pegi,kakak,abang aku yang lain semua sibuk dengan keja ngan belajaq.
jadi terpaksa jugak la mak aku tinggalkan aku time tu dalam lingkungan 4-5 tahun dekat umah sengsorang diri.sebelum mak aku keluaq,dia sumbat pampers dekat bontot,buat air sebotoi.
Duduk la aku sorang sorang dekat rumah,bayang umoq 4-5 tahun sorang dia kat rumah.hebat jugak aku ni.

asal mak aku balik dari kontrak memasak ja,masuk umah bau taik serumah.
penuh pampers dengan air kencing,dengan taik nya.bukan tak boleh tak pakai pampers.
tapi mak aku takut aku kencing berak atas sofa.kahkah

itu la fasa pertama 5 tahun kehidupan aku sebagai manusia.
aku lahir dekat dunia,aku pindah pegi tempat aku sekarang,taiping,arwah abah meninggalkan aku masa umuq 4 tahun.kena tinggal sorang sorang dekat umah masa usia tu.
kalau nak ingat balik,mesti macam fuhh.kecik kecik dah banyak dugaan.tapi tu la orang kata,
Allah SWT takkan uji manusia tu dengan satu satu masalah kalau dia tau manusia tu tak boleh hadap.

tamat 1st phase hidup aku,jadi mesti ada yang kedua nak menyusul.
insyallah umoq panjang.tak esok,lusa aku up pulak entry lain.kahkah.
assalamualaikum.

Jumaat, 7 September 2012

sem dua,sem kaki jamming,sem lima?sem kaki sengkek


phuhhhhhhhh~ *tiup blog*

nokharommmm bersawang.
Semester 5 dah bermula,sem lepas sibuk dengan praktikal.sem ni sibuk dengan Final Projek la apa la.
Lagipun abam sekarang dah ada yang bertakhta di hati kan,acewahhhh.
Terima kasih kepada Nur Asyran Zulkifli sebab sanggup bertakhta di hati saya yang tak seberapa ni.kahkah


entry kali ni just nak pos balik video lama yang time tu zaman kegelapan aku lagi,
zaman kaki jamming.seminggu sekali mesti jamming
tapi jamming tak penah penah sedap pon.
jadi usha jela video yang gua nak share ni kat hampa.kalau berkenan like la kat youtube.
kalau lagi berkenan follow la gua kat twitter.kahkah


Pelita by DTK2


mungkinkah terjadi.

doakan aku jadi blogger tegar kembali.
sekarang ni nak jenguk dalam benda alah ni pon jenuh.
apa punya baloq liat tahap pawer punya entah.

Khamis, 17 Mei 2012

Sastera dan Teknikal

Hidup didunia cuma bermain dengan perkataan,minda,kata-kata hikmah,ayat-ayat pawer.Itu lumrah kehidupan seorang ahli sastera.Berbeza dengan seorang yang berada di bidang teknikal.Mereka yang berada di bidang teknikal ini selalu sangat kena pandang rendah dengan mamat-mamat sastera ni.Di sastera,mereka menggunakan pen,di teknikal kami menggunakan skru drebar,di sastera andai kata ada kesalahan di dalam penulisan,masih ada pemadam,tidak bagi teknikal,sekali kesalahan tmengambil masa diperbetulkan,kemungkinan kehilangan nyawa juga tinggi.Itulah sastera dan inilah teknikal.

Mereka di sastera menggunakan minda sepenuh jiwa,kami di teknikal menggunakan minda dan kederat,
Mereka di sastera menunjukkan kerja mereka di atas kertas,kami di teknikal menunjukkan kerja kami di atas cetakan biru dan juga menghasilkan untuk semua.
Mereka di sastera bekerja siang malam menghabiskan masa untuk menghasilkan karya,kami di teknikal bekerja siang malam menghabiskan masa untuk turut menghasilkan karya kami untuk orang awam nikmati dan sebagai kemudahan.
Mereka di sastera berhujah disini,disana menonjolkan isi isi mereka,kami di teknikal berhujah disini sana menonjolkan isi isi kudrat kami untuk semua guna dan pakai demi kesenangan mereka.

Pendek kata,apa ada pada sastera,ada pada teknikal,apa ada pada teknikal,tidak ada pada sastera.


*budak teknikal sastera punya ayat,
*terima kasih guru2 yang mendidik aku,dari SKBUKIT JANA,SMKING EDWARD 7,SMTEKNIK TAIPING dan membawak bawak ke PSAS.Selamat hari guru.

#tanpa sastera sunyi kehidupan,tanpa teknikal gelap kehidupan.

Sasterawan  
Juruteknik

Selasa, 10 April 2012

PTPTN dimansuhkan andaikata PR naik takhta PUTRAJAYA pada PRU13,apa kebaikan,keburukan,kebongokan.

assalamualaikum.
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional @ PTPTN

apa fungsi PTPTN neh?
siapa yang kontrol kewangan dan manage PTPTN neh?
apa kebaikan PTPTN neh?
apa keburukan PTPTN neh?

aku intro sikit la pasai PTPTN neh.walaupun ramai yg dok sebut PTPTN neh,ramai yg dok pinjam.
actually ramai jugak taktau bahawa 

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997. PTPTN mula beroperasi pada 1 November 1997 di Bangunan Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Heights, Kuala Lumpur.

ditubuhkan bawah akta.tu pasai kalau tak bayaq jangan harap la nak lari.
tapi ramai jugak yg pandai pinjam tk pandai bayaq.

dekat sini la pihak pembangkang nampak dia punya can nak pancing undi.
tau sebab?sebabnya ramai mereka yang tidak bayaq duit hutang PTPTN ni adalah mereka yang 
menggangur atau pun tidak bekerja tetap selepas tamat belajar di institusi2 masing2.
jadi depa ambik kesempatan untuk pancing undi mereka yang tak bayaq hutang dengan PTPTN ni lagi.
boleh dikatakan hampir 214,790 umat manusia yang masih tak mampu nak bayaq hutang PTPTN ni lagi.
ada yang mampu tapi buat2 tak mampu,ni orang panggil manusia tak guna,tak kenang budi,bukimak dia.
kalau yg tak mampu tu tak boleh kata apa la.

jadi mereka yang berhutang ni akan rambang mata dengan janji2 manis pembangkang lalu pergi la pangkah pembangkang dengan harapan PTPTN akan dimansuhkan.
tak ka hampa ingat?bagaimana sekali pon,hutang dengan manusia perlu diselesaikan,tak kira la hang dah duduk dalam kubuq sekali pon,jadi ingat kalau dah mansuh ptptn tu boleh selesai hutang?silap browowow

lagi 1 aku nak ingatkan.Pakatan punya janji,hampa sendiri mau ingat la kan?
orang panggil janji pancut awal.
macam jantan la,janji kat pompuan neh cam gini cam gini.dah dapat ceret merata2 tinggai gitu2.
Pakatan pon tak jauh tak kurang macam ni punya kategori jantan la.

seandainya kalau ptptn dimansuhkan,
pikirkan bagaimana nasib anak2 yang tak mampu nak melanjutkan pelajaran tu?
macam mana depa nak teruskan cita2 depa tuh?
nak bela nasib keluarga,bela nasib ibu bapak dia,nasib adik beradik dia
kalau tak dapat bantuan ptptn neh,
pakat kita takkan dengaq dah la peguam,doktor,saintis,engineer,pilot,ni dari kampung2 or dari anak2 orang susah.sebabnya anak2 orang susah ni lagi semangat belajaq dari anak2 orang kaya yg hanya suka perabeh duit mak bapak dia.

pelajar cemerlang SPM,anak sapa?penoreh getah,nelayan,orang kampung semua tu.
kalau sekali nak lanjut pelajaran pakai duit 1 guni.mana depa nak cari?ngat toreh2 getah boleh terus keluaq duit seguni ikot pokok?ingat tangkap ikan dekat laut pakai jala,pastu tarik boleh sangkut 2 guni ringgit malaysia?

jadi pikiaq2 la pakatan oi kalau nak buat janji pon.
jangan pikiaq sebelah pihak.pikiaq semua pihak.sebab ang nak memerintah 1 negara,bukan 1 daerah.



Khamis, 29 Mac 2012

1001 khasiat-Khasiat,kebaikan,kelebihan surah yassin yang juga jantung kepada al quran

assalamualaikum.
khasiat surah yassin yang juga jantung kepada kitab suci umat islam iaitu Al-Quran.
boleh dikatakan,dari ayat pertama sehingga ayat terakhir surah yassin mempunyai kalfiat2 dia yg ada.
dari doa penyeri wajah,sehingga lah ayat pelindung diri.



jadi bawak2 lah kaji dan amalkan apa yang aku pos neh.
*actually aku pon kaji dari blog orang lain.pos kat sini,jadi kredit untuk DR Fatma El Zahra untuk semua khalfiat2 surah yassin ni.

Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri
Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir. Dr kata janganlah digunakan utk elak Kastam. Tu dah niat lain.
Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini di hafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.
Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.
Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.
Ayat 29 - Utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.
Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).
Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t. Kita umat Muhammad Kita orang Islam
Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuktanam. Tanaman akan subur
Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi
sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya: Baca
dan berdoa.Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.
Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.
Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.
Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal - Elok di baca sewaktu menaiki kenderaan.
Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Di baca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.
Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.
Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
*Tiupan 1 - Datang dengan tiba-tiba
*Tiupan 11 - Hancur
*Tiupan 111 - Semua orang di hidupkan semula dan hadir dipadang Mahsyar.
Ayat 50 - Setiap orang akan dihisap mengikut amalannya.
Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.
Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.
Ayat 76 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.
Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan.
Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: 78. “dia berkata, Siapakah yang dapatmenghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?
Ayat 78 dan 79 - Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah.Doktor di hospital pun tanya dia utk rawatan ke patient mrk dan
Dr Fatimah berikan ayat ini. Ayat 78 bermula dengan Qala.
79. Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya> pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk.”
Ayat 82 - Untuk Hajat
Ayat 82 - Jika berhajat sesuatu bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang
bacaan tsbt sehingga 40 hari.


*amalkan selalu kalau nak dapat khasiat dia

Sabtu, 17 Mac 2012

9,999,999 dalam 1

assalamualaikum.
99999999 dalam 1.?
jadah punya banyak benda dalam 1 benda ja?

   
ok anda sudah kena troll.=='
zaman budak2 memang bodoh tahap cilaka la.
senang2 kena kencing dengan cina juai tape neh.
tapi memang betoi ada 9,999,999 game dalam ni.tapi menyumpah semua game serupa.
kalau contoh game mario,mau sampai 20k semua tu mario ja.main selang2 page ja.=='

takpa tokeh,aku halalkan jela duit ang troll kami neh.
bukan duit aku pon.duit org tua aku.kah3.

Khamis, 1 Mac 2012

windows,tetingkap,sejarah windows,windows 8 da latest one

assalamualaikum.
jadah windows neh?p translate google translate kalau tak paham
ok.windows atau pon secara ringkasnya adalah sejenis sistem pengoperasian didalam komputer,
windows neh kira seangkatan dengan linux,mac,android dan sebaris dengannya.

jadah benda neh?penting sangat ka windows dalam komputer?awat takdak windows komputer tak boleh pakai?
memang tak boleh pakai la kalau kom takdak windows gilaa.

ok,
SEJARAH WINDOWS

windows 1.0,windows 8.9,windows 3.1,windows 98,windows2k,windowsXP,windowsVista,Windows7.

ok dekat atas tu kira versi2 windows yang ada la.
tapi yang palik aktif skang pon tinggal dalam 3 ja.
Xp,vista dengan 7.

WINDOWS 8

aku letak preview jela macam mana windows8 ni punya gambaran,

Desktop ala2 macam ipad sikit

gadget.memudahkan untuk guna print,fax,and scanner
and lastly aku letak video la untuk hampa tgok sendiri keseluruhan apa yg bes sangat windows8 neh

8 minit untuk windows 8.tak rugi la kalau tengok

kalau kot2 sapa pulak berminat nak download dan try.
boleh la p cari link dia dekat google.tadi aku tengok ada.ni dah ilang pulak.haehh

*tapi bagi aku xp dengan 7 tetap terbaik.