BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 17 Mei 2012

Sastera dan Teknikal

Hidup didunia cuma bermain dengan perkataan,minda,kata-kata hikmah,ayat-ayat pawer.Itu lumrah kehidupan seorang ahli sastera.Berbeza dengan seorang yang berada di bidang teknikal.Mereka yang berada di bidang teknikal ini selalu sangat kena pandang rendah dengan mamat-mamat sastera ni.Di sastera,mereka menggunakan pen,di teknikal kami menggunakan skru drebar,di sastera andai kata ada kesalahan di dalam penulisan,masih ada pemadam,tidak bagi teknikal,sekali kesalahan tmengambil masa diperbetulkan,kemungkinan kehilangan nyawa juga tinggi.Itulah sastera dan inilah teknikal.

Mereka di sastera menggunakan minda sepenuh jiwa,kami di teknikal menggunakan minda dan kederat,
Mereka di sastera menunjukkan kerja mereka di atas kertas,kami di teknikal menunjukkan kerja kami di atas cetakan biru dan juga menghasilkan untuk semua.
Mereka di sastera bekerja siang malam menghabiskan masa untuk menghasilkan karya,kami di teknikal bekerja siang malam menghabiskan masa untuk turut menghasilkan karya kami untuk orang awam nikmati dan sebagai kemudahan.
Mereka di sastera berhujah disini,disana menonjolkan isi isi mereka,kami di teknikal berhujah disini sana menonjolkan isi isi kudrat kami untuk semua guna dan pakai demi kesenangan mereka.

Pendek kata,apa ada pada sastera,ada pada teknikal,apa ada pada teknikal,tidak ada pada sastera.


*budak teknikal sastera punya ayat,
*terima kasih guru2 yang mendidik aku,dari SKBUKIT JANA,SMKING EDWARD 7,SMTEKNIK TAIPING dan membawak bawak ke PSAS.Selamat hari guru.

#tanpa sastera sunyi kehidupan,tanpa teknikal gelap kehidupan.

Sasterawan  
Juruteknik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan