BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Ahad, 27 Mac 2011

~wahh,,aku kat KLIA kah?

errr,,dengaq tajuk kat atas mesti gempak habes punya,,
memang gempak lahh,,aku anto kak aku kat KLIA kottt,,,hahaha(over ja)
yg sebenarnya aku berada dia Terminal Bersepadu Selatan(TBS)


hah!hamek obat..tu dia,,dengaq nama pon tao memang gempak abeh kan?
nak tao apa prasarana2 dan kemudahan2 yang ada kat dalam?

  • Kaunter khidmat pelanggan yang beroperasi 24 jam.
  • Kemudahan pembelian dan penempahan tiket secara online 'e-ticketing' melalui www.tbsbts.com.my.
  • Penggunaan skrin untuk pelanggan disediakan di hadapan kaunter dan mikrofon di dalam kaunter supaya penumpang dapat melihat dan mendengar dengan jelas maklumat yang disampaikan pihak pentadbiran.
  • 19 kaunter tiket yang disediakan untuk membeli tiket.

  • Enam mesin kiosk untuk membeli tiket secara tunai atau 'touch n go'
  • Sistem siaran informasi pengunjung (PIDS) seperti jadual pelepasan bas diletakkan di setiap tingkat manakala balai ketibaan dan pelepasan di tingkat bawah disediakan khusus untuk penumpang sahaja.
hah!mana aku tak cakap aku kat KLIA,,siap ada skrin lebaq lagi maa,,jangan men2

  • Kemudahan seperti restoran, kemudahan mesin juruwang automatik (ATM), bilik rehat VIP, surau, tandas, tempat menukar lampin bayi serta perkhidmatan WiFi.
  • Kemudahan untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) turut disediakan seperti lantai penunjuk arah, kaunter perkhidmatan dan tiket yang direndahkan, tandas, lif, laluan jalan istimewa serta petak letak kereta khas untuk mereka.
  • Ciri-ciri tiket bas sama seperti tiket kapal terbang di mana di atas tiket tertera nama dan nombor kad pengenalan penumpang dan hanya mereka sahaja yang boleh menaiki bas itu.
  • Perkhidmatan 'Usher' di setiap aras bagi membantu penumpang OKU dan penumpang warga emas bermula mereka membeli tiket hingga menaiki bas.
  • Langkah keselamatan dengan memasang 500 kamera litar tertutup (CCTV) , 250 polis bantuan bertugas membuat rondaan di setiap tingkat dan pos polis disediakan di kawasan parkir.
  • Penggunaan teknologi hijau dan mesra alam banyak digunakan seperti lampu yang digunakan adalah mesra alam serta terdapat 'Central Vacuum System' untuk memastikan sampah dibuang di tempat yang betul
  • Hentian rehat bas dilengkapi dengan stesen minyak, surau dan kantin.

  • hah,,dapat!siap ngan troli lagi
kesimpulannya lah kan,,Malaysia sudah hampir selangkah demi selangkah untuk mencapai wawasan 2020 yang diilhamkan oleh DATO MAHATHIR MUHAMMAD,,
semoga kemajuan2 lain dapat dilihatkan lagi,,dan disamping melakukan kemajuan,,janganlah kita terlalu rakus dan mengabaikan tentang alam sekitar,,



    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan