BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Rabu, 19 September 2012

Fasa Pertama Kehidupan 1992-1997

Assalamualaikum,Salam Pembuka Bicara

Aku manusia biasa,dilahirkan oleh perut mak aku,hampa?
Dilahirkan dalam sebuah keluarga yang agak sederhana besar,
Keluarga yang agak tidak berada,cuma cukup pakai,cukup makan,tidak ada yang lebih takda yang kurang

Abdullah b.saad.seorang abah yang penuh tanggungjawab.
ketika usianya,beliau seorang Tentera.menjaga ketenteraman awam.
keluar masuk hutan dah jadi adat seorang askar time zaman dulu-dulu.
Si Sharia bt.Harun berapa kali dah kena tinggal dekat berek askar,
sampai dia pon naik lali dan paham dengan tugas abah aku.

jaga anak sorang2 bukan tugas yang senang,kalau sekarang gaji prebet dah boleh pakai viva.
kalau dulu jangan kan viva.nak beli C70 pon pikiaq 4 kali.kalau beli pon jenuh nak sara.
jadi mak aku ni dia otaknya ligat jugak.dia tak dok saja kat rumah.
dia pon mencari punca rezeki halal nak suap dekat 5 orang anak dia ni selepas dia bersara dari menjadi 
seorang jururawat.

Selepas beberapa tahun.abah pon bersara dari jadi seorang askar.Then dia pon tak lama rehat,
dia masuk jadi warden penjara pulak.Jadi sepanjang hidup dia penuh dengan kerja nak tanggung anak bini dia.

Masukla tahun 1992,tanggal 17 ogos.lahir seorang anak lelaki yang mak aku sendiri kata dekat aku.
Kekawan dia kata anak anak mak aku ni pelan kecik pelan lawa.
"ok aku la tu paling lawa"harhar
Masa tu family aku menetap dekat Taman apa entah dekat batu gajah sana.Sebab abah aku kerja warden dekat Penjara sana.

masa aku lahir,adik beradik aku agak hepi sebab dapat lagi sorang adik.ni kira buah betoi betoi las punya
 lepas kak aku yang no 5.beza umuq tak jauh aku dengan kak aku.
Cuma time aku lahir tu,umur kak aku yang atas dari aku ni dia 18 tahun jee,baru abeh SPM.
Abang aku pulak dia punya tunggu sorang demi sorang adik dia,dengan harap tiap adik dia yang lahir dia nak adik lelaki.tapi nasib dia tak baik,semua adik adik dia perempuan.
Sampai la dekat aku,buah penghujung ni,baru dapat lelaki.
mak aku kol dia bukan main suka dia dapat adik laki,walaupun beza aku dengan dia macam anak dengan bapak umurnya.dia tetap anggap aku adik dia.
tapi masa aku lahir tu,dia dah pon ada 5 orang anak.jadi dia pon macam hepi2 gitu jela.HAHA -.-'

aku dibesarkan macam biasa.tapi yang luar biasa nya aku ni tak isap susu badan mak aku,
aku ni jenis minum susu lembu ja.tu perangai macam lembu,-.-
yang betoinya mak aku kata sebab tu gaya macam tak berapa nak sangat dengan mak,kira tak rapat la.
1 lagi aku ni kuat isap puting,sebab tu dah besaq ni gigi kapak duduk kedalam.
Nasib masuk kedalam,kalau duduk keluaq dah jongang.-.-'

Sampai la aku umoq 4 tahun.abah aku ajak pindah umah kami dekat tepeng,
kami pon pindah la.
tapi orang tua aku pon actually dia dah macam tahu yang dia dah tak lama atas muka bumi ni.
kira dia macam nak merasa la walaupun kejap nak duduk dekat tepeng ni walaupun dia bukan asal sini.
Sepanjang kami duduk dekat sini,abah aku mesti bawak aku naik moto C70 dia tiap tiap pagi,
wajib mesti bawak aku pegi jalan2 sebelum dia masuk kerja.
Dia punya sayang dekat anak dia yang kecik ni.ataupon dalam keluarga aku memang panggil aku acik,
kalau anak menakan pakcik,kalau cucu panggil tok cik.-.-'

Tak lama lepas pindah ke taiping tu,abah aku jatuh sakit.
demam panas,sakit kaki.
nak diceritakan,dikata menyimpang dari agama,tapi mak aku cerita abah aku ni dah kena buatan orang,
actually sebelum abah aku nak pergi solat subuh,dia macam nak keluar rumah dan ternampak 1 lubang besaq depan rumah.Aku nak cerita sangat pon aku tak berapa nak ingat sebab umoq pon baru 4 tahun.tau paaa.tau isap puting jela.-.-'

jadi tanggal berapa februari entah,tahun 1996,bersamaan 17 ramadhan,
arwah abah aku selamat disemadikan dekat tanah perkuburan keramat tok bidan.
nama tanah perkuburan pon dah rare.
dia meninggal sebab sakit tu ja.tak lama sakit dia,kejap ja.time subuh sebelum sahur tu tak silap aku
arwah abah aku menghembuskan nafas terakhir dia.
 AL-FATIHAH ABAH,

jadi mula la episod baru dalam family aku,
arwah abah aku dah takda,jadi sepenuh tanggungjawab jatuh atas bahu mak aku,
segala benda mak aku kena sesuaikan diri dia.
mak aku ni pon dah biasa hidup sorang sebab selalu abah aku takdak time masuk hutan dulu.
jadi mak aku dapat sesuaikan diri dengan cepat la.

abang aku yang sulung,kakak aku yg no 2,3dan 4 masing-masing time tu dah kerja,
dah ada family sendiri.anak pon kecik kecik lagi.jadi kalau nak tolong mak aku time tu pon dapat tolong sikit sikit ja.yang no 5 tu dia tengah dalam kolej perubatan.masa arwah abah aku meninggal pon dia ada kat batu pahat lagi.Arwah abah aku jugak penah bagitau dekat aku,masa aku lahir tu dia kata 
"ok la tu,dapat hero sorang lagi,boleh jadi peneman kamu"
ya mak,orang akan jadi peneman mak.:')

jadi mak aku pon terpaksa la cari duit nak tanggung aku,beli pampers,beli segala benda makan minum keluarga la.mak aku ni kira dia macam keja dengan orang yang amek kontrak memasak kenduri ni la.
jadi mak aku ni terpaksa la pegi,kakak,abang aku yang lain semua sibuk dengan keja ngan belajaq.
jadi terpaksa jugak la mak aku tinggalkan aku time tu dalam lingkungan 4-5 tahun dekat umah sengsorang diri.sebelum mak aku keluaq,dia sumbat pampers dekat bontot,buat air sebotoi.
Duduk la aku sorang sorang dekat rumah,bayang umoq 4-5 tahun sorang dia kat rumah.hebat jugak aku ni.

asal mak aku balik dari kontrak memasak ja,masuk umah bau taik serumah.
penuh pampers dengan air kencing,dengan taik nya.bukan tak boleh tak pakai pampers.
tapi mak aku takut aku kencing berak atas sofa.kahkah

itu la fasa pertama 5 tahun kehidupan aku sebagai manusia.
aku lahir dekat dunia,aku pindah pegi tempat aku sekarang,taiping,arwah abah meninggalkan aku masa umuq 4 tahun.kena tinggal sorang sorang dekat umah masa usia tu.
kalau nak ingat balik,mesti macam fuhh.kecik kecik dah banyak dugaan.tapi tu la orang kata,
Allah SWT takkan uji manusia tu dengan satu satu masalah kalau dia tau manusia tu tak boleh hadap.

tamat 1st phase hidup aku,jadi mesti ada yang kedua nak menyusul.
insyallah umoq panjang.tak esok,lusa aku up pulak entry lain.kahkah.
assalamualaikum.

2 ulasan:

  1. Aku respect sama lu brother. Aku doakan agar arwah abah kau ditempatkan dikalangan orang yang beriman, Amin. Cepat-cepat la kahwin dengan As, nanti dapat la bapak mentua yang awesome kehkehkeh

    BalasPadam
  2. begitu ka hidup hang. haaaa pat buat fasa fasa seterusnya. paling aku nak tahu fasa perkahwinan ang dengan as. pattttt ! wakakak


    p/s: hoi rambut ! hang ingat hang power ka? kbai

    BalasPadam